Masalah yang dilihat menjadi
racun bagi graduan pusat pengajian tinggi pada hari ini ialah masalah pasaran
kerja yang semakin mengecil. Hal ini menyebabkan
ramai graduan lepasan IPTA dan IPTS mengalami pengangguran.
Selain itu mereka ditawarkan kerja yang tidak menepati
bidang pengajian yang dimiliki Ini merupakan masalah yang
kian meredup dan membimbangkan para graduan. Persaingan yang terlalu hebat
telah menutup ruang mudah bagi graduan untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian
dengan bidang yang telah dipelajari di IPTA mahupun IPTS. Pada hari ini
kemahiran kendiri amatlah penting untuk menyerlahkan individu dan membezakan
dirinya dengan orang lain. Antara kemahiran kendiri yang sukar didapati dalam
diri para graduan ialah kemahiran berinteraksi.
Kebanyakan graduan gagal menyerlahkan diri
mereka dalam penggunaan bahasa yang baik. Hal ini disebabkan kurang latihan
atas bakat yang terpendam. Apabila mereka gagal untuk meyakinkan diri maka,
persepsi yang negatif akan timbul. Selain itu setiap kemahiran perlu digilap
agar lebih tajam dan mampu mempengaruhi orang lain serta menjadikan kemahiran
itu sebagai kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Medium yang perlu
digunakan untuk mempengaruhi orang lain terhadap diri kita ialah komunikasi.
Seseorang yang petah bercakap dan aktif akan
lebih diberi perhatian berbanding seseorang yang pendiam dan kurang idea.
Kemahiran komunikasi merupakan aset yang perlu ada dalam diri setiap graduan.
Oleh itu cara komunikasi yang baik adalah peluang bagi seorang graduan untuk
menghadapi alam kerjayanya.
No comments:
Post a Comment