Budaya merupakan tulang belakang bagi setiap bangsa
dan juga menjadi identiti kepada masyarakat setempat. Setiap bangsa akan bangga
dengan budaya mereka kerana mereka hidup dengan cara yang telah digariskan dan
dibudayakan. Seluruh masyarakat di dunia memiliki budaya mereka dan antara
budaya yang boleh menjadi ikutan ialah budaya masyarakat Jepun.
Masyarakat Jepun mengamalkan budaya menepati masa
dan mereka sangat patuh pada masa. Disebabkan budaya ini Jepun telah mencapai
status negara maju yang dikenali di mata dunia. Patuh akan masa ialah satu
bentuk disiplin yang sangat hebat dan perlu dicontohi oleh semua orang. Hal ini
kerana segala bentuk kejayaan memerlukan kepatuhan pada masa seperti yang
diamalkan oleh masyarakat Jepun. Jika kita lihat dari sudut agama Islam juga
menekankan tentang nilai masa yang sangat berharga. Oleh itu, budaya menepati
masa ini adalah kunci kejayaan bagi semua orang kerana apabila seseorang itu
menjaga masanya, maka masanya tidak akan terbuang dengan sia-sia.
No comments:
Post a Comment