Menjelang 5 Mei 2013
Malaysia menghadapi kepelbagaian warna yang membezakan ideologi rakyat.
Pelbagai isu yang timbul yang digunakan dalam manifesto para calon yang ingin
meraih kepercayaan rakyat. Banyak isu yang mula dibangkitkan oleh parti-parti
di Malaysia. Bagi pihak Pakatan Rakyat mereka mula membangkitkan isu royalti
yang menjadi hak rakyat, ketelusan Suruhan Jaya Pilihan Raya, isu minyak, isu
pendidikan percuma dan sebagainya.
PRU13 kali ini dilihat
kebangkitan golongan muda yang memperjuangkan ideologi masing-masing. Namun
masalah kain memberati pihak kerajaan apabila ketua pembangkang memperlihatkan
masalah yang berlaku di Lahad Datu dan mengatakan bahawa kerajaan gagal dalam
menangani pencerobohan tentera Sulu.
Isu-isu yang
dibangkitkan oleh pembangkang ibarat racun bagi pihak kerajaan tetapi kerajaan
tidak pernah berputus asa dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat di
samping memperbaiki kekurangan yang wujud dalam corak pemerintahan. PRU13 ini
merupakan medium bagi rakyat untuk memilih kepimpinan yang tepat bagi mencapai
kehendak rakyat.
No comments:
Post a Comment