Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah
Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah
Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu
Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih
Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia
Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa
Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu
Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih
Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu?
Seperti yang kita semua tahu, lagu
merupakan antara medium untuk manusia menyatakan sesuatu. Cara penulisan yang
mudah untuk memberitahu orang di sekeliling tentang sesuatu perkara yang
tersirat atau berkaitan perasaan kecewa, bahagia, menderita dan sebagainya.
Lagu yang hebat ialah lagu yang dapat dirasa oleh pendengarnya dan pendengar
mampu mentafsir maksud yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut. Antara lagu
yang hebat ialah Nur Syahadah yang didendangkan oleh kumpulan Far East.
Lagu ini menceritakan tentang Tauhid
kita kepada Allah s.w.t. dan dalam lagu ini juga menerangkan tentang Syahadah
yang telah tersemat di dalam hati kita. Apabila kita telah dilahirkan ke dunia
ini, maka kita diazankan dan diiqamahkan pula. Kalimah tauhid itu telah kita
dengari ketika kita dilahirkan ke dunia ini.
Dalam lagu ini cara penulisan
liriknya mampu menarik hati pendengar dan membuat para pendengar berfikir
tentang kalimah Syahadah itu sendiri. Sekiranya kita memahami, Syahadah
itu akan membersihkan diri seseorang
kerana jiwanya telah mentauhidkan Allah s.w.t..
Secara keseluruhannya lirik lagu ini
mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada pendengar apabila seseorang
mendalaminya.
No comments:
Post a Comment