Cinta merupakan
satu perkataan yang tidak mampu terpisah daripada makhluk yang bernama
manusia. Definisi cinta itu luas dan cara penilaiannya berbeza-beza. Cinta
sebenarnya satu perasaan yang wujud dalam hati yang tidak dapat dilihat dengan
mata kasar, dijamah dengan pancaindera tetapi dapat dirasa dalam bentuk
kerohanian. Segelintir manusia mengatakan lambang cinta itu adalah pengorbanan
tetapi cinta itu berkait dalam banyak sudut dalam kehidupan. Pengorbanan
merupakan salah satu daripada nilai cinta. Dalam cinta pula terdapat
bentuk-bentuk rasa yang sukar untuk diterjemahkan iaitu rindu, sayang, kasih
dan cinta.
Cinta itu pula merupakan anugerah Tuhan kepada
setiap orang dan bagi setiap orang rasa cintanya berbeza dan tidak akan mampu
untuk dilakar dalam apa-apa jua bentuk. Kesudahan bagi cinta yang sempurna
ialah pernikahan. Cinta yang paling unik adalah cinta yang abadi yakni cinta
kepada Tuhan semesta alam. Kebanyakan manusia yang tenggelam dalam cinta Tuhan
maka dia akan merasakan cinta manusia itu tidak pernah wujud kerana bagi mereka
yang mewujudkan rasa cinta itu adalah Tuhan semesta alam.
No comments:
Post a Comment