Untuk
kesekian kalinya...
Hati
hamba ini terkoyak rabak lagi…
Kesamaannya
seperti hari-hari lepas…
Waktu
kau berjalan menjauhi aku…
Untuk
kesekian kalinya…
Aku
menemuimu…tetapi kali ini..
Ada
garisan penghalang di tengah..
Nak
kurempuh badanku tak bermaya…
Untuk
kesekian kalinya…
Kau
bagai orang-orang…
Berjuntaian
di ampaian kainku…
Memegang
sekuntum mawar hitam…
Aku
bentangkan sejuta alasan di sini…
Bersama
sejambak mawar berdarah…
Andai
mawar hitam yang kau pegang itu
Simbolik
matinya cintamu…
Sejambak
mawar berdarah yang kubawa ini pula…
Tatapan
sekeping hati yang berdarah lagi…
Aku
belajar membencimu…
Tapi
hari yang bertapak pada usiaku…
Umpama
kesinambungan rasa yang menghembus batinku…
Aku
kejar awan yang berlari…
Tapi
aku ditinggal di bawah mentari…
Legam
terbakar sampai ke nurani…
Kusangka
hangus itu bakal pudar dititik hujan…
Bila
hujan datang yang hangus itu rasanya pedih…
Kesekian
kalinya aku termenung…
Bagai
orang hilang tujuan…
Bila
ada mereka yang membaca tulisanku…
Mereka
berkata…aku terkurung dek tekanan perasaan…
Di
meja ini…
Kelilingku
menjadi saksi bisu…
Kau
tak menangis keranaku…
Tapi
aku agungkan rasa sebuah kecewa…
Bukan
kerana aku tak menderita..
Tapi…
Kerana
aku ini belajar jadi setia…
Sehingga
masa berkata….larilah ke benua lain…
Agar
hilang rasa setia itu…
No comments:
Post a Comment