Masalah konflik di
Syria hari ini dilihat semakin parah dan mendapat perhatian seluruh umat Islam
dunia. Konflik yang berlaku di antara Syiah dan Sunni itu memberi tamparan yang
agak hebat dalam dunia Islam. Hal ini kerana banyak negara Islam mengalami
peperangan saudara. Proses pembelajaran dan pengajaran dilihat terbantut dek
kerana keganasan yang mulai merebak ke serata tanah Syria. Jika kita lihat
terdapat ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran dalam sudut
keagamaan di Syria. Peperangan yang berlaku ini telah membantutkan urusan
pengajian.
Di samping itu
terlalu banyak kezaliman yang berlaku. Revolusi yang berlaku disebabkan oleh
cara pemerintahan yang dijalankan secara diktator. Perkara ini telah
membangkitkan semangat rakyat untuk berjuang membantah penindasan yang jelas
dilakukan oleh kerajaan Syria. Bencana kemanusiaan yang berlaku ini seolah-olah
mimpi ngeri yang meragut keselesaan rakyat di Syria. Bencana ini juga dianggap
satu penghinaan kemanusiaan yang amat dahsyat.
Jelaslah bahawa
revolusi yang berlaku sebenarnya gambaran hati rakyat yang tertindas. Selain
itu rakyat inginkan perubahan dari sudut pemerintahan dan menghapuskan
kekejaman yang bertunjang sekian lama di bumi Syria itu. Namun pergelutan yang
berlaku masih tidak menemui jalan penyelesaian apabila suara rakyat masih
tenggelam oleh kekejaman peluru dan hawa nafsu yang tidak pernah kenyang.
No comments:
Post a Comment