Isu tol yang menjadi
bahan pihak pembangkang untuk memanipulasi keadaan politik di Malaysia telah
menyedarkan rakyat bahawa pembayaran tol kini menjadi beban kepada rakyat.
Masalah ini mula diteliti oleh pihak kerajaan dan proses pengkajian semula
tentang tol di lebuh raya di Malaysia sedang dibahaskan serius oleh pihak
kerajaan bagi mendengar keluhan rakyat. Penghapusan tol ini boleh dilakukan
menurut Menteri Kerja Raya Dato’ Seri Shaziman Abu Mansor tetapi menurut
pendapat yang berbeza yang diperoleh daripada Menteri di Jabatan Perdana
Menteri bahawa tugas kerajaan akan menjadi semakin sukar. Hal ini mungkin akan
menyebabkan Malaysia muflis.
Isu penghapusan tol ini
akan menyebabkan kerajaan menanggung hutang yang sangat tinggi dan apabila
kerajaan menanggung hutang yang tinggi maka rakyat juga akan menerima
tempiasnya. Kos pembinaan lebuh raya di Malaysia adalah sangat tinggi dan untuk
menampung kembali perbelanjaan yang dilakukan kerajaan, maka sistem tol
diperkenalkan.
Hal ini memang dilihat
sebagai beban tetapi kaedah yang digunakan kerajaan merupakan cara yang sangat
relevan bagi mengelakkan kerajaan membuat pinjaman daripada negara luar.
No comments:
Post a Comment